Usaha-usaha untuk melestari dan menghijaukan kawasan SMK Telok ke arah sekolah yang yang lebih mesra dengan alam sekitar dilakukan. Salah satu ialah membina projek air terjun. Sebenarnya projek ini diujudkan bagi membawa keadaan air terjun sebenar ke dalam kawasan sekolah. Pembinaannya batuan air terjun dilakukan oleh kontraktor manakala kerja-kerja menambah seri dikawasan ini dilakukan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Istimewanya di taman ini ialah adanya pokok pisang hutan.
Objektif:
- Menjadikan kawasan sekolah menjadi lebih hijau dengan pokok-pokok yang menghijau.
- Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan dan menghijaukan kawasan sekolah.
- Menjimatkan kos melestarikan dan menghijaukan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek.
- Menjadikan kawasan sekolah ceria dengan bunyi deruan air terjun.
Nama
Program:
Projek Taman Air Terjun
Hari:
Projek
dibuat dan ditambah baik dari masa ke semasa semasa murid-murid MPV Landskap
dan Nurseri sedang belajar sebagai memenuhi syarat kerja kursus. Manakala
murid-murid lain iaitu ahli Piteri Islam bergotong-royong membersihkan kawasan semasa
kegiatan kokurikulum.
Tanggungjawab:
Penyediaan:En.
Hasan Kasmuri, murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Puteri Islam.
Pengurusan:En.
Hasan Kasmuri, murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Puteri Islam.
Pelaksanaan:
Sepanjang
masa semasa pembelajaran dan semasa kegiatan kokurikulum.
Tempat:
Di hujung
Blok B berhampiran gelanggang bola tampar SMK Telok Kerang
Sasaran:
Semua murid
MPV landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang dan ahli-ahli Puteri Islam..
Kos:
Pembinaan
projek: Kos RM2200.00
Dokumentasi Bergambar: