Pada pagi ini bertempat di Dewan A telah dijalankan program pemuafakatan strategi kecemerlangan ibubapa dan murid-murid. Matlamat program ini ialah memproses hubungan komuniti antara pihak sekolah, ibubapa dan masyarakat sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak.
Di antara objektif program ini ialah:
- Ibubapa atau penjaga dapat memainkan peranan penting untuk kecemerlangan anak-anak.
- Ibubapa atau penjaga memahami dengan jelas pelaksanaan PT3.
- Untuk mendapatkan kerjasama daripada ibubapa atau penjaga terhadap pencapaian anak-anak dalam peperiksaan PT3.
- Mewujudkan hubungan dua hala antara ibubapa atau penjaga dengan guru-guru agar dapat mengukuhkan semangat kekeluargaan.
- Mewujudkan suasana yang mesra di kalangan ibubapa atau penjaga dengan guru-guru demi kecemerlangan anak-anak dan pembentukan sahsiah diri anak-anak yang baik.
Pengisian program:
- Pendaftaran ibu bapa atau penjaga.
- Ucapan alu-aluan oleh pengerusi program.
- Bacaan doa.
- Ucapan GPK1
- Sesi penerangan mata pelajaran PT3.
- Sesi penyemakan dan menandatangani borang pendaftaran PT3.