SMKTK menghantar satu pasukan yang terdiri daripada ahli Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRIKS). Pasukan ini dianggotai oleh tiga orang murid tingkatan 4 Sains (Azatul Asyikin, Puteri Maisara dan Zarul Ezham) dan dua orang guru (En. Hirmannazif dan En. Nordin). Mereka telah berusaha selama beberapa minggu bagi menghasilkan satu inovasi yang menepati tema pertandingan iaitu mempromosi penyelesaian secara bioteknologi untuk masadepan yang mampan.
Warga SMKTK mendoakan semoga mereka berjaya.