Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Persaraan tiga orang guru bersara telah diadakan pada Khamis (14 Julai 2016) di Rumah Salewangeng, Memorial Daeng Hadadek, Serkat Pontian. Majlis yang dianjurkan oleh KGKT dengan kerjasama En Abdul Hadi (Tuan Rumah Memorial Daeng Hadadek) itu diserikan dengan bacaan selawat nabi saw, ucapan Pengetua dan ucapan yang dirai. Majlis yang dihadiri oleh semua guru, kakitangan dan pekerja swasta itu bermula jam 2.30 petang dan tamat sekitar 5.00 petang. Terima kasih kepada penganjur (KGKT 2016) dan semua yang menjayakan majlis kali ini. SMKTK Cemerlang.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.