Alhamdulillah...Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, Penolong Kanan Kokurikulum dan semua yang terlibat (secara langsug atau tidak) sehingga pasukan bola sepak bawah 18 tahun sekolah kita mencapai tempat ke-2 (Naib Johan) dalam Kejohanan Bola Sepak B18 MSSM Daerah Pontian tahun 2016. Latihan keras dan komitmen tinggi semua yang terlibat selama beberapa minggu menampakkan hasil yang sangat memuaskan. Inilah bukti bahawa usaha yang tekun dan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya...Insyaallah. SMKTK Cemerlang.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.