Tahniah KRiKS Tersenarai Sebagai Finalis Science Innovation Challenges 2016 (SIC2016)
Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRiKS) SMK Telok Kerang telah terpilih sebagai salah satu peserta akhir dalam SIC2016. Pertandingan inovasi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Akademi Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), American Chemical Society Chapter in Malaysia dan Malaysia Institute of Chemical itu terbuka kepada semua murid sekolah menengah dan menawarkan hadiah berbentuk wang tunai, pingat, hamper dan sijil penyertaan.
KRiKS SMK Telok Kerang mempertandingan satu inovasi bertajuk Arang Hampas Tebu Sebagai Bantal telah melepasi satu penilaian ketat oleh juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UTM dan wakil CSI. Senarai 40 peserta akhir SIC2016 seperti di url berikut http://science.utm.my/sic16/2016/09/09/sic-2016-finalists/ Tahniah dan selamat bertanding. SMKTK Cemerlang.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.