Majlis dimulakan dengan acara ceramah oleh Pegawai Syarikat Air Johor Holding (SAJH), En Muhammad Subree. Pameran SAJH yang menyediakan pelbagai maklumat dan kaedah penjimatan itu mendapat sambutan sangat menggalakan dari semua murid. Penganjur terpaksa menghadkan waktu lawatan untuk pengunjung untuk mengelakkan kesesakan dan melancarkan aktiviti pameran.
Semoga program ini dapat menyedarkan murid agar sentiasa berjimat ketika menggunakan air dan tenaga di mana sahaja mereka berada.
SMKTK Cemerlang.