Bacaan Yasin dan Doa Kami Mengiringi Calon SPM 2016
Hari ini, Isnin 7hb November 2016 bersamaan 7 Safar 1438H bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016. Majlis rutin kami ketika menghadapi peperiksaan umum adalah murid-murid lain dan guru-guru akan bersama-sama membaca yasin dan mendoakan semoga semua calon SPM 2016 dikurniakan ketenangan dan dapat menjawab soalan dengan tepat dan dikurniakan kejayaan cemerlang. SMKTK Cemerlang.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.