Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Syahiran bin Shaiful Anuar (3 Kemas) dan adik Siti Aminah binti Abd Hadi (2 Segar) yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Sirkit 3 Balapan dan Padang anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Adik Syahiran berjaya merangkul pingat emas lelaki16 (L16) dalam acara lontar peluru manakala Adik Siti Aminah merangkul pingat emas dalam acara lontar lembing perempuan 14 (P14). Kedua-dua peserta ini juga merangkul perserta terbaik dalam kedua-dua acara iaitu :
Adik Syahiran : Peserta Terbaik Lelaki 16
Adik Siti Aminah : Peserta Terbaik Perempuan 14
Selepas ini mereka akan menghadiri kem Fasa Persediaa MSS Johor Balapan dan Padang MSSM 2017 bermula 8-12 Disember 2016. Semoga mereka dapat menjalani latihan dengan sempurna dan mencapai kajayaan yang lebih besar untuk SMKTK SMKTK Cemerlang.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.