Alhamdulillah dan tahniah kepada peserta yang menyertai Regional Carbon Expertise Iskandar Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition 2018 (RCE ISLCSE2018) atas kejayaan merangkul Gold Medal. Pertandingan ini telah diadakan di Sutera Mall, Johor Bahru pada 8hb Ogos 2018. Ia telah disertai oleh 26 buah sekolah dan dianjurkan oleh CEEE UTM, IRDA, MBJB, JICA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagainya. Kejayaan merangkul Gold Medal buat kali ke-4 berturut-turut ini membuktikan komitmen dan kerjasama padu warga SMKTK dan komuniti sekitar dalam melaksanakan aktiviti lestari dan rendah karbon dalam aktiviti seharian kami. Semoga kita dapat meneruskan aktiviti bermanfaat ini.
SMKTK Cemerlang.