23 April 2019

Perandingan Bola Sepak B15 Daerah Pontian









Pada 14 hingga 16 April 2019 yang lalu, telah berlangsungnya Pertandingan Bola Sepak bawah-15 daerah Pontian. Dengan bimbingan latihan dan taktikal dari Jurulatih En. Hirmannazif bin Halil SMK Telok Kerang telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dengan mencatat 2 kemenangan dan tewas sekali untuk menjadi naib johan kumpulan.

Pada peringkat suku akhir, pasukan SMKTK telah berjaya menang 3-1 keatas SDAHA sekaligus melayakkan SMKTK ke peringkat separuh akhir. SMKTK berjaya meraih tempat ke-3 dalam penentuan sepakan penalti berkesudahan MRSM 3-4 SMKTK. 

Tahniah!! Pasukan Bola Sepak SMKTK B15  berjaya meraih tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada para pemain kerana telah menunjukkan semangat kesukanan serta semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan dijalankan.

Belajar Untuk Berbakti,
SMKTK Cemerlang