Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas usaha yang konsisten dalam melaksanakan aktiviti lestari di sekolah. Anugerah tempat pertama Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2018/2019 ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan panel juri profesional yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain atas segala usaha yang warga SMKTK laksanakan. Semoga kita semua dapat meneruskan usaha lestari ini dan segala usaha kita dinilai sebagai amal kebajikan.