02 September 2013

GAYA KAMI MENYEMARAKKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56

Pemupukan patriotisme dalam diri pelajar dan remaja dapat dijayakan menerusi sambutan kemerdekaan Malaysia. Dalam hal ini, sekolah-sekolah di seluruh negara wajar melaksanakan berbagai program menyemarakkan kemerdekaan kerana ini boleh membentuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pelajar hari ini ialah pemimpin hari esok. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung akan  dapat menyemai semangat patriotik dalam jiwa pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah. Semangat patriotik haruslah dipupuk dalam jiwa rakyat negara ini sejak zaman kanak-kanak. Semangat patriotik amat penting untuk membawa negara ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju.

.....dan inilah gaya kami di SMK Telok Kerang menyemarakkan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56.