INTIPATI PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025
Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat
dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa mengikut pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa
(PISA) dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar
bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50
peratus menjelang 2020.
Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid
berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi
asas perpaduan rakyat Malaysia.
Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.
Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan
perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kcekapan.
Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun
bermula pada umur enam tahun dengan disokong program pengekalan yang
disasarkan.
Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran
kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.
Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka agar murid dan ibu
bapa memahami kemajuan yang dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.
Merombak peperiksaan kebangsaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) secara berperingkat dengan menjelang 2016, soalan berbentuk
pemikiran aras tinggi akan merangkumi sekurang-kurangnya 40 peratus
daripada soalan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan kaunseling dan akademik
akan dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah menengah untuk membantu
pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai pelbagai laluan pendidikan
yang ditawarkan.
Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan minoriti lain, serta
murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran akan disediakan sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan mempelajari bahasa
tambahan supaya dapat membantu mereka menyertai tenaga kerja global.
Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina, Tamil dan Arab bagi
memastikan bilangan guru bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain
memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa Sepanyol, Perancis
dan Jepun.
Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan beban tugas
pentadbiran supaya boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada
fungsi teras pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran akan
diserahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru
pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.
Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan Sarawak.
Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025
dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO) yang
berpotensi sebagai penaja.
Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan tahunan tentang
perkembangan setiap inisiatif yang direncanakan dalam pelan ini.
Kementerian Pendidikan akan membuat semakan berkala tentang
pencapaian utama sepanjang pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan
2025.
Kami adalah warga SMK Telok Kerang yang berhasrat melahirkan generasi Malaysia yang maju melalui slogan 'Budaya Kerja Cemerlang Menjana Prestasi Gemilang'.