15 October 2013

SALAM AIDILADHA

Hari ini umat Islam merayakan Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Ada di kalangan umat Islam yang mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci Makkah, ada yang melakukan ibadat korban dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan Aidiladha. 

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat.

Pelaksanaan ibadah haji mengandungi beberapa pengajaran yang amat penting dan perlu dihayati, antaranya:-
  1. Pentingnya ketaqwaan dan ketaatan yang tinggi kepada Allah SWT.
  2. Pentingnya perasaan kasih sayang, saling hormatmenghormati,hubungan persaudaraan atau ukhuwwah islamiah dan jemaah yang padu.
  3. Pentingnya menghilangkan sifat angkuh dan rasa besar diriatau takbur, sebab pada hakikatnya semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT. 
  4. Pentingnya kesedaran untuk rela berkorban.