Showing posts with label Ramadhan Almubarak. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Almubarak. Show all posts
03 June 2016
Selamat Menyambut Ramadhan 1437H
18 June 2015
SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN
Hari ini Khamis 18 Jun 2015, umat Islam di Malaysia mula mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
"Wahai
orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu
berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas
umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang
bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan
oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan
oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,
yang bermaksud: "Sesungguhnya
telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa
padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu
Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu
segala syaitan..."
Selamat berpuasa.
17 June 2015
MAJLIS BACA SURAH YAASIIN, TAZKIRAH RAMADHAN DAN TAHLIL SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dinanti, satu majlis membaca surah Yaasiin, tazkirah Ramadhan dan tahlil diadakan pada hari ini. Pada awal pagi bertempat di Dataran Nilam diadakan majlis membaca surah Yaasiin dan tazkirah Ramadhan. Di sebelah petang pula iaitu selepas waktu persekolahan, guru-guru dan kakitangan sekolah bertahlil di surau sekolah. Semua murid dan guru mendapat bungkusan buah tamar dan air.
23 July 2014
PENYAMPAIAN INFAQ RAMADHAN DAN DUIT RAYA 2014
Syukur alhamdulillah berkat sumbangan daripada guru-guru, kakitangan dan para dermawan, pihak sekolah telah berjaya mengumpul dana untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib baik bagi meringan dan menggembirakan mereka menyambut Aidilfitri. Seramai 70 orang murid menerima sumbangan beras, duit dan lain-lain barangan yang disampaikan oleh Puan Pengetua pada pagi ini. Puan Pengetua juga menyampaikan duit raya kepada semua murid sekolah ini dengan tidak mengira bangsa. Semoga mereka yang menerima sumbangan itu bergembira di hari raya aidilfitri nanti.
MAJLIS KHATAM ALQURAN
Sebagai mengimarahkan bulan Ramadhan bulan penuh berkah, pagi tadi bermula pukul 7.20 pagi bertempat di Dataran Nilam telah diadakan Majlis Khatam al-Quran. Majlis dipimpin oleh Ustaz Sukri b Osman. Guru-guru dan murid-murid telah sama-sama bertadarus mengikut juzuk yang telah ditetapkan di sepanjang bulan Ramadhan al mubarak ini. Hari ini adalah kemuncak daripada program tadarus tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti program tersebut.
17 July 2014
MAJLIS IFTAR DAN QIAMULAIL
Petang tadi telah diadakan majlis iftar dan qiamulail. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Kegiatan Dakwah Islamiyah , Kelab Guru dan Kakitangan dan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru. Majlis yang bermula pada pukul 5.45 petang dimulai dengan slot ceramah bertajuk Ramadhan: Cabaran dan Ganjaran yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli b Hamisan @ Khair.
- Ucapan Puan Pengetua
- Ceramah "Ramadhan: Cabaran dan Ganjaran.
- Berbuka puasa dan solat Maghrib
- Jamuan makan
- Solat Isyak dan Solat Tarawikh
- Modul 1: Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat.
- Minum malam, bacaan Surah al-Mulk dan tidur
- Khidmat diri dan Qiamulail
- Sahur
- Solat Subuh
- Modul 2: Hidup Sekali Manfaat Selamanya.
- Majlis penutup.
































