01 May 2016

Minggu Kesedaran Melindugi Hutan Paya Bakau : 5 Sesi Ceramah dan 6 Booth Pameran oleh 9 Agensi


Acara kemuncak Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau telah berlangsung dengan meriahnya di SMK Telok Kerang.  2 aktiviti utama yang dijalankan adalah ceramah dan pameran oleh 9 agensi kerajaan dan swasta. 


Agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Bomba Daerah Pontian, Jabatan Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Perikanan Daerah Pontian, Jabatan Perhilitan Negeri Johor, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, manakala agensi swasta yang terlibat adalah Malakof Power Berhad (Tanjung Bin Power Plant), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (PPSPPA) Cawangan Pontian dan Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRIKS). 

Peserta Pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 juga telah melibatkan masyarakat sekitar iaitu 4 buah sekolah rendah berhampiran iaitu SK Belokok, SK Parit Sulaiman, SK Telok Kerang dan SJKC Pei Hwa.  AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga terlibat dalam menjayakan Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau 2016 ini,

Tahniah kepada penganjur iaitu peserta Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 kerana dapat merancang dan melaksana program besar dan bermakna kepada sekolah dan masyarakat sekitar ini.  

Terima kasih dan teruskan usaha murni ini.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :