03 April 2014

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA EN. ABDUL HAMID B ABU BAKAR

Pagi ini di Dataran Nilam menjadi saksi majlis perpisahan dengan Tuan Pengetua SMKTK. Hari ini adalah hari terakhir En. Abdul Hamid b Abu Bakar berkhidmat di sekolah ini. Beliau akan bertukar tugas ke sekolah baru iaitu SMK Kayu Ara Pasong, Pontian. Suasana sedih menyelubungi majlis sehingga Tuan Pengetua terpaksa memakai cermin mata hitam agar tidak kelihatan air mata beliau yang menitis hiba. Semoga En. Abdul Hamid gembira bertugas di sekolah baru.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai


Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai


Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai


Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi


Dari mana hendak ke mana
Tinggi ruput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?


Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana


Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi













SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :