28 February 2015

SAMBUTAN KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW 1436H/2015M

Pada pagi Sabtu 28 Feb 2015 SMKTK telah mengadakan majlis Sambutan Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Salah satu acara yang ditunggu ialah Forum Perdana Maulidurrasul. Ahli panel forum ialah Ustaz Hj Mohd. Salleh b Sees, Pegawai Penggerak Sakinah DUN Benut dan Tuan Imam Muhammad Sunhaji b. Hj. Selamat, Pegawai Penggerak Sakinah DUN Pekan Nanas. Manakala Ustaz Omar b. Maidin bertugas sebagai moderator forum tersebut.

Pengisian forum:
  1. Peranan dan amalan ibu bapa untuk kejayaan anak-anak.
  2. Solat yang sempurna kunci kejayaan dalam peperiksaan.
  3. Peranan guru dan persiapan pelajar menghadapi peperiksaan.
  4. Peranan pelajar kepada kedua ibu bapa dan guru.

Sebelum itu murid-murid dan guru-guru berarak sambil berselawat mengelilingi sekolah. Selepas berarak semua dijamu dengan hidangan nasi beriani.

"PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA"










 













 






26 February 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-42 TAHUN 2015

Kejohanan Olahraga Ke-42 SMKTK berlangsung pada pagi Khamis 26 Februari 2015. Kejohanan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan perbarisan rumah-rumah sukan masuk padang. Rumah Biru mendahului perbarisan yang diikuti oleh Rumah Hijau, dan seterusnya Rumah Kuning dan diakhiri oleh Rumah Merah.

Acara 100 meter semua kategori dimulakan sebagai pembuka kejohanan yang berlangsung meriah. Selepas itu acara lompat tinggi yang kemudian dIdikuti acara 200 meter. Acara akhir ialah acara lari berganti-ganti 4 X 100 meter. Sebelum itu iaitu pada hari Selasa dan Rabu telah dijalankan acara pra kejohanan semua kategori seperti lontar peluru, lari 400 meter, lari 4 X 400 meter dan lari 1500 meter.

Kami mengucapkan tahniah kepada Rumah Biru yang menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Tahniah!!! Kami juga mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet rumah lain yang menunjukkan semangat bertanding yang tinggi.

Keputusan Kejohahanan Olahraga Ke-42 SMKTK 2015:
  • JOHAN - RUMAH BIRU
  • NAIB JOHAN  - RUMAH KUNING
  • KETIGA - RUMAH MERAH
  • KEEMPAT - RUMAH HIJAU