27 April 2016

Minggu Kesedaran Melindungi Paya Bakau : Pertandingan Explorace

Pertandingan ini telah berlangsung pada 25hb April jam 3.30 petang (selepas tamat sesi kelas tambahan) dan disertai oleh 18 kumpulan peserta tingkatan satu hingga tingkatan 5.  Pertandingan sengit ini bermula dengan pengesahan penyertaan peserta sebelum taklimat pertandingan diberikan oleh penganjur (peserta pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016).  Setiap kumpulan dianggotai oleh 3 murid yang perlu menyelesaikan empat tugasan yang ditetapkan.  






Tugasan termasuk acara menangkap belon berisi air, menjawab soalan simpulan bahasa, menyusun gelas paling tinggi, menjawab soalan berkaitan maklumat sekolah dan membina serta menerbangkan kapalterbang kertas ke sasaran yang ditetapkan.  Pemenang ditentukan berdasarkan kumpulan yang paling pantas menyelesaikan semua tugasan.  Pertandingan tamat jam 4.30 petang.  dan kumpulan pemenang akan diumumkan pada hari penyampaian hadiah iaitu pada hari Khamis (28hb April) ini.

SMKTK Cemerlang...

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :