17 July 2016

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Murid






Sempena Ramadhan Almubarak ini, guru dan kakitangan SMKTK telah berkerjasama bagi  mengumpul dana untuk membantu sebahagian murid yang kurang bernasib baik.  Mereka adalah dikalangan murid terpilih yang perlu dibantu.

Pelbagai bahan makanan, wang tunai dan pakaian disediakan untuk mereka.  Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Tuan Pengetua dalam majlis ringkas tapi meriah dan bermakna kepada penyumbang dan penerima sumbagan.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit kehidupan murid tersebut dan dapat mengeratkan hubungan ukhwah diantara guru dan murid.  Terima kasih kepada semua dermawan, semoga tuan / puan dikurniakan keberkatan hidup dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :