02 August 2016

Anugerah Hijau 2016

Alhamdulillah..SMKTK telah menghantar 3 murid tingkatan 4 (Muhammad Asyraf, Ayrien Fatihah dan Siti Nur Zahirah) untuk menghadiri Bengkel Anugerah Hijau 2016 yang telah diadakan di Jungle Lodge Alang Sedayu, Gombak Selangor.  Bengkel berkaitan alam sekitar lestari anjuran EcoKnights (pertubuhan alam sekitar) tersebut diadakan pada 29-31hb Julai 2016.  




SMKTK adalah antara 10 sekolah yang terpilih dari seluruh negara untuk pertandingan Anugerah Hijau 2016.  Bengkel ini mendidik dan memaparkan projek-projek yang boleh dilaksanakan murid di sekolah untuk dipertandingkan.  Setiap sekolah peserta diberi geran projek berjumlah RM500.00 untuk melaksankan projek alam sekitar seperti yang telah dinyatakan dalam kertas kerja masing-masing.


 


Pembentangan hasil projek akan diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober 2016 dihadapan panel juri dan peserta lain.  SMKTK akan bertanding bersama sekolah ternama lain seperti Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Sains Setiu, Sekolah Menengah Sains Labuan, SMK Tuaku Najihah dan sebagainya.

Semoga mereka dapat melaksanakan projek dengan berjaya, membentangkan dengan sempurna dan mendapat kejayaan cemerlang..Aminn.

SMKTK Cemerlang

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :

1 comments:

Write comments
Unknown
AUTHOR
August 16, 2016 at 9:36 AM delete

boleh menang ni kalau sungguh sungguh

Reply
avatar