29 May 2016

Mesyuarat Agong Koperasi SMK Telok Kerang Pontian Berhad Kali Ke-42



Mesyuarat Agong Koperasi SMK Telok Kerang Pontian Berhad kali Ke-42 telah dijalankan pada 25hb Mei 2016.  Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Tn. Hj. Md Azmi bin Markam dan dihadiri oleh ahli lembaga pengarah dan pemegang-pemegang saham.

SMKTK Cemerlang...

28 May 2016

Teknik Menjawab SPM dan PT3 (27hb Mei -1hb Jun 2016)





Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah melaksanakan program teknik menjawab SPM dan PT3 dalam cuti pertengahan tahun ini.  Program tersebut berlangsung selama 5 hari berturut-turut sebagai persediaan awal mengahadapi peperiksaan tersebut. 

Terima kasih kepada guru-guru yang sanggup mengorbankan sebahagaian cuti mereka demi kecemerlangan anak didik.  Kehadiran murid yang menggalakkan memberi gambaran positif terhadap prestasi yang akan mereka capai.

Semoga usaha murid dan guru diakhiri dengan kejayaan dunia dan akhirat.
SMKTK Cemerlang...

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian 2016







Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pontian telah diadakan pada 25hb Mei 2016 (Rabu) di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato' Penggawa Barat.  Majlis di rasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor.

Fakta hari Guru Daerah Pontian 2016
1. Anugerah Tokoh Kepimpian : Tn. Hj Ahmad bin Tekah
2. Anugerah Tokoh Guru : Tn. Hj. Abd Karim bin Mohamad

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan murid (tingkatan 4 dan 5 Katering dan Penyajian) SMK Telok Kerang yang telah melaksanakan tanggungjawab denga cemerlang dalam bahagian jamuan tetamu jemputan.  Semoga segala usaha tuan / puan dibalas dengan balasan terbaik dariNya.

Guru Pembina Negara Bangsa.

23 May 2016

PIBK- Bank Islam Sebagai Rakan Strategik Pendidikan




PIBG dengan kerjasama Bank Islan (M) Berhad telah mengadakan program BIMB sebagai Rakan Strategik Pendidikan.

BIMB membantu murid meningkatkan pengetahuan berkenaan pengendalian buku wang saku, menawarkan pelbagai produk BIMB ketika mesyuarat PIBG, memberi khidmat nasihat kepada guru tentag pengurusan kewangan Islam.  BIMB juga meyediakan bantuan untuk melaksanakan aktiviti peningkatan pengetahuan murid dan penyaluran zakat Bank Islam,

Semoga kolaborasi ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak demi kepetingan murid.

SMKTK Cemerlang.

15 May 2016

Selamat Hari Guru



Video khas untuk guru-guru SMK Telok Kerang..nukilan cikgu Hasan.

List of Frog Classroom schools

SMKTK Cemerlang...

Tahniah...JDT Juara Piala FA 2016, Johor Cuti Peristiwa







JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini. JDT berjaya mengalahkan PKNS FC 2-1 pada final Piala FA itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153687

12 May 2016

Kursus Imam Remaja 2016



51 murid (lelaki dan perempuan) SMK Telok Kerang telah menyempurnakan Kursus Imam Remaja 2016 pada 2hb April yang lalu.  Kursus anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Hal Ehwal Murid itu berlangsung selama 1 hari dan dipenuhi dengan ceramah dan amali berkaitan tanggungjawab seorang imam.  Semoga peserta kursus dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mengajak rakan-rakan lain untuk mendirikan solat secara berjemaah.

Tahniah semua Imam Remaja SMK Telok Kerag...SMKTK Cemerlang.

07 May 2016

Tahniah...Kemenangan dan Nilai Perjuangan


Tahniah dan terima kasih kepada peserta (Khairin Najwa binti Mohd Aras) dan guru pembimbing (Pn. Norazrin biti Bachok) yang telah menyertai Pertandingan Melagukan Syair Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2016.  Pertandigan tersebut telah diadakan pada 4hb Mei 2016 di Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan Johor Bahru.  Rezeki tidak memihak kepada kita tahun ini.  


Kemenangan bukanlah segala-galanya dalam apa-apa pertandingan.  Nilai perjuangan, kerja keras, tidak berputus asa, rasa kebergantungan kepada yang Esa dan redha menerima kekalahan itulah nilai yang diterapkan guru kepada murid.  Inilah pengalaman dan kemahiran yang akan mereka gunakan sepanjang hayat..Insyaallah.


Tahniah Khairin dan Cikgu Azrin...SMKTK Cemerlang

04 May 2016

Tahniah Pasukan Kawad Kaki GO Lelaki dan Perempuan


Alhamdulillah...sekali lagi, pasukan Kawad Kaki Kor Kadet Polis (Lelaki) SMK Telok Kerang di bawah pimpinan Cikgu Shamsul Sazali merangkul Juara Kawad Kaki Badan Kerajaan (GO) Daerah Pontian 2016.  Kenangan bertambah manis dengan kejayaan berganda yang dibawa pulang oleh Pasukan Kawad Kaki Kadet Pertahanan Awam (Perempuan) pimpinan Cikgu Hasan.  Mereka adalah Johan Kawad Kaki GO Lelaki sejak 2013, manakala pasukan Kadet Pertahanan Awam Perempuan Johan dua tahun berturut-turut Daerah Pontian.






Pertandingan yang diadakan pada 4hb Mei 2016 itu diadakan di Dewan Berbumbung, Kolej Kemahiran Belia Nasional Pontian itu disertai oleh 16 pasukan kawad GO dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).  Majlis hadiah hadiah disempurnkan oleh En. Hood (Pegawai PPD Pontian).

Tahniah kepada Nurul Syafinaz (murid tingkatan 4PVMA) yang dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik.

Tahniah kepada semua murid (peserta kawad dan pembantu) dan guru yang terlibat (Guru-guru Penasihat Pasukan Kadet Polis dan Kadet Pertahanan Awam) sehingga kejayaan yang kami banggakan ini dapat dicapai.  Penat lelah dan usaha tanpa putus asa pasti akan mencapai kejayaan...Insyaallah.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kerana membuat kami bangga dengan SMKTK...SMKTK Cemerlang.

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas : Pemenang Bulan Mac 2016





Tahniah kepada murid dan guru tingkatan yang telah menjuarai pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas bulan Mac 2016. Semoga penghargaan ini akan merangsang kelas lain untuk mempertingkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

Tahniah...SMKTK Cemerlang

02 May 2016

Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau : Pertandingan Rekacipta Barangan Kitar Semula

Beg daripada pakaian terpakai
(Pemenang Rekacipta Barangan Kitar Semula)

Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau ini juga dimeriahkan dengan pertandingan rekacipta barangan kitar semula.  Penjurian berdasarkan kreativiti, fungsi, persembahan dan kekemasan.  Diantara syarat pertandingan adalah, setiap produk yang dipertandingkan akan dijadikan hakmilik Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRIKS) untuk dijadikan pameran dan rujukan untuk aktiviti kelab.




Terima kasih dan tahniah kepada pemenang.

01 May 2016

Minggu Kesedaran Melindugi Hutan Paya Bakau : 5 Sesi Ceramah dan 6 Booth Pameran oleh 9 Agensi


Acara kemuncak Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau telah berlangsung dengan meriahnya di SMK Telok Kerang.  2 aktiviti utama yang dijalankan adalah ceramah dan pameran oleh 9 agensi kerajaan dan swasta. 


Agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Bomba Daerah Pontian, Jabatan Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Perikanan Daerah Pontian, Jabatan Perhilitan Negeri Johor, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, manakala agensi swasta yang terlibat adalah Malakof Power Berhad (Tanjung Bin Power Plant), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam (PPSPPA) Cawangan Pontian dan Kelab Rekacipta, Inovasi dan Kitar Semula (KRIKS). 

Peserta Pertandingan Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 juga telah melibatkan masyarakat sekitar iaitu 4 buah sekolah rendah berhampiran iaitu SK Belokok, SK Parit Sulaiman, SK Telok Kerang dan SJKC Pei Hwa.  AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga terlibat dalam menjayakan Minggu Kesedaran Melindungi Hutan Paya Bakau 2016 ini,

Tahniah kepada penganjur iaitu peserta Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2016 kerana dapat merancang dan melaksana program besar dan bermakna kepada sekolah dan masyarakat sekitar ini.  

Terima kasih dan teruskan usaha murni ini.