11 January 2017

Majlis Perpisahan Pn Rosfatmawati






Tahniah diucapkan kepada Pn Rosfatmawati binti Hassan kerana permohonan beliau untuk berpindah ke SMK Sri Kukup telah berjaya.  Satu majlis perpisahan untuk Pn Rosfatmawati telah diadakan pada pagi Rabu, 11hb Januari 2017.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengetua dan Pn Rosfatmawati sebelum acara penyampaian hadiah oleh guru dan murid SMKTK.

Kami warga SMKTK memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan dan mohon penghalalan atas segalanya.  Kami mendoakan semoga Pn Rosfatmawati dapat melaksanakan tugas dengan baik dan meneruskan kecemerlangan di tempat baharu.

Terima kasih cikgu.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :