14 January 2017

Majlis Sambutan Maulidurasul 1438H

















Majlis Sambutan Maulidurrasul 1438H peringkat sekolah telah dijalankan pada hari Sabtu, 14hb Januari 2017.  Majlis bermula dengan merekod kehadiran murid sebelum diteruskan dengan perarakan sambil berselawat oleh murid, guru, AKP, PIBG dan kakitangan swasta.  Ceramah yang sangat menarik oleh Pencetus Ummah Sufian dari Astro Oasis telah bermula jam 9.30 pagi dan tamat sekitar 10.50 pagi sebelum jamuan para jemputan.  Murid bukan islam juga melaksanakan aktiviti mengikut kepercayaan masing-masing di bawah kendalian guru.  

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang idea, tenaga, wang, dan sebagainya sehingga majlis ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang.  Semoga segala pengorbanan tuan-puan akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dariNya.

Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

SMKTK Cemerlang

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :