15 January 2017

Perhimpunan Rasmi Kendalian Badan Beruniform Kali Pertama dan Pelancaran Program Guru Penyayang 2017









Perhimpunan Rasmi Mingguan kendalian Persatuan Beruniform kali pertama telah dilaksanakan pada pagi Ahad, 15hb Januari 2017.  Pasukan Kadet Polis diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majlis ini yang dimulakan dengan bacaan Al-Quraan dan terjemahan, nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.  Majlis terpaksa ditangguhkan sebentar kerana murid terpaksa bergerak ke dewan terbuka kerana hujan.  Majlis diteruskan dengan dengan bacaan Ikrar dan laporan Guru Bertugas.

Perhimpunan diteruskan dengan Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2017.  Majlis dimulakan dengan penerangan berkaitan Guru Penyayang oleh Cikgu Hairurizal (Guru Bimbingan Kaunseling) dan seterusnya ucapan dan pelancaran Program Guru Penyayang oleh Pengetua.  Gimik pelancaran adalah melepaskan sekumpulan burung yang melambangkan kehidupan kembali ke fitrah iaitu semua makhluk memerlukan kasih sayang.  Majlis ditutup dengan nyanyian lagu Negaraku.

Tahniah kepada Pasukan Kadet Polis yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Tahniah juga kepada Unit Bimbingan Kaunseling atas pelancaran Program Guru Penyayang.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :