20 January 2017

Tahniah Naib Johan Sepak Takraw B18 Daerah Pontian 2017









Alhamdulillah..kejayaan kokurikulum pertama bagi tahun 2017.  Tahniah kepada pemain Team B sepak takraw B18 dan guru (selaku jurulatih dan guru pengiring) yang berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Sepak Takraw MSSM Daerah Pontian yang telah diadakan pada 17-19 Januari yang lalu.  Team A tidak berjaya mara ke pusingan seterusya apabila tewas kepada SMK SMKDMYS, walaupun telah menewaskan SMA Annur dan SMKPB sebelum itu.

Dua pemain SMKTK terpilih untuk perlawanan peringkat negeri iaitu adik Hamzah bin Abdul Kader (5L) dan MH Firdaus (5SA).  Tahniah kepada mereka berdua.  Bagi kategori B15, kedua-dua pasukan SMKTK gagal mendapat sebarang tempat.

Tahniah sekali lagi, semoga kejayaan ini akan menjadi detik permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :