Petang tadi bertempat di perkarangan Majlis Daerah Pontian telah diumumkan pemenang-pemenang Pertandingan Pencahayaan, Kebersihan dan Keceriaan Bangunan. Pertandingan tersebut diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Tahun 2010.
SMK Telok Kerang telah diisytiharkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Hadiah-hadia telah di sampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Pontian. Cikgu Hasan Kasmuri mewakili Tuan Pengetua untuk menerima hadiah.
Pertandingan yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta, Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Telok Kerang nampak ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu pelbagai warna.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Hasan Kasmuri yang dibantu oleh En. Roslee Md Khair dan pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 1 Segar yang bertungkus-lumus membuat persediaan.