21 February 2012

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Ikutilah langkah-langkah berikut dan tanamkan pada diri anda, bukan sahaja anda lebih yakin pada diri anda sendiri malah anda akan lebih produktif, lebih gembira, lebih berjaya serta lebih berketrampilan dan menarik disamping akan menjadi contoh teladan yang cemerlang kepada orang lain pula. Insya-Allah.

Langkah meningkatkan meningkatkan keyakinan diri:
  1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang Mantap  -Benteng semangat juang ialah moto diri atau falsafah hidup seseorang. Moto atau falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai kejayaan.
  2. Kenalpasti dan Tetapkan Matlamat & Halatuju Hidup - Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas  seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana sampainya. 
  3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri - Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan tindakan kejayaan diri secara bertulis.
  4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan, Pengalaman serta Pendedahan - Dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa. 
  5. Tingkatkan Kemahiran Diri - Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja.   
  6. Amalkan Keteraturan dan Kesiapsiagaan - Biasanya kita akan merasa risau atau rasa tertekan apabila khidmat kita diperlukan secara tiba-tiba dalam keadaan kita tidak atau kurang bersedia.  
  7. Jaga Kualiti Kesihatan, Kecergasan & Ketrampilan Diri - Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran jadi kusut dan kurang bermaya. Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :