Cuti sekolah selama seminggu bakal menjelma. Namun murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dikehendaki hadir ke kelas tambahan ini bermula pada hari Isnin 12 Mac hingga Rabu 14 Mac 2012. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada murid-murid, pihak sekolah dan ibubapa.
- Program ini berfokus kepada melengkapkan dan menyempurnakan kerja kursus mata pelajaran terpilih serta pengukuhan mata pelajaran tertentu.
- Semua murid yang berkaitan dimestikan hadir ke kelas tersebut.
- Guru-guru yang mengajar kelas-kelas pada tahun 2011 akan mengendalikan kelas ini.
- Jika murid-murid telah menyiapkan kerja kursus, guru-guru boleh mengajar topik-topik yang perlukan lebih tumpuan.
- Sebarang pertukaran antara guru-guru sila maklumkan kepada murid-murid.arang pertukaran antara guru-guru dan pertanyaan sila hubungi Pn. Hjh. Arbaenah Bt Masud, GPK1 (012-7861204) atau Cikgu Hasan Kasmuri (013-7808577).
- Program ini telah dipersetujui oleh Tuan Pengetua dan barisan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran.
- Semoga program ini berjaya dilaksanakan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang menjayakan program ini.
- Semua murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah lengkap.