18 July 2013

PROFIL SMK TELOK KERANG


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK KERANG,
JALAN PERADIN, TELOK KERANG, 
82020 PONTIAN, JOHOR
TEL:  O7-6873903
FAX:  07-6868421
EMAIL:  smktelokkerang@yahoo.com
http://smktelokkerang.blogspot.com 


VISI SMK TELOK KERANG
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 



MISI SMK TELOK KERANG
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk 
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


OBJEKTIF SMK TELOK KERANG
Murid-murid mengamalkan 'budaya belajar, budaya bersaing, dan budaya 
maju' untuk kecemerlangan bidang kurikulum dan kokurikulum.
Murid-murid mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 
dan SPM dan menjuarai setiap pertandingan yang disrtai.
Murid-murid berupaya mematuhi peraturan sekolah dan mempamerkan 
budi pekerti yang tinggi.
Murid-murid sentiasa ceria dan selesa melalui persekitaran yang kondusif.
Murid-murid memperoleh input yang optimum daripada guru dan staff 
yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Murid-murid menerima perkhidmatan yang cekap, telus dan berkesan 
melalui pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti.
Wujudnya hubungan intim antara warga sekolah dengan komuniti luar 
yang dapat dimanfaatkan oleh murid-murid. 


PIAGAM PELANGGAN SMK TELOK KERANG
 Kami dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji 
akan menumpukan dan tenaga kami untuk: 
 Pelajar
Memastikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan pada masa 
yang ditetapkan dalam jadual waktu.
Memeriksa buku murid selewat-lewatnya 2 hari selepas dikumpulkan.
Memastikan kebajikan murid diambil tindakan serta-merta. 
Staff
Memastikan semua guru dan staff sokongan menerima gaji tepat pada masanya.
Memaklumkan kepada semua guru dan staff sokongan segala edaran 
daripada 'stakeholdrs' berkaitan perjawatan dan latihan dibuat 
selewat-lewatnya 2 hari daripada tarikh surat diterima.
Mengadakan sesi perkembangan staff sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
Semua tuntutan perjalanan diproses dalam masa 1 minggu 
selepas borang dihantar. 
Ibubapa
Segala aduan dan rayuan bertlis dapat diproses dalam masa 5 hari bekerja.
Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 1 jam 
sebelum dihantar kepada pihak berkenaan.
Memastikan ibubapa mendapat maklumat terkini tentang 
pencapaian pendidikan. 
Komuniti 
Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan. 
Stakeholders
Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dan 
stakeholders selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima. 


FALSAFAH SMK TELOK KERANG
Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini berkebolehan dan 
berpotensi untuk berkembang maju dalam bidang-bidang intelek, rohani, 
jasmani dan emosi. Justeru itu peluang akan diberikan dengan 
seluas-luasnya bagi mengembangkan perkara-perkara di atas. 
Tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai keupayaan pengetahuan, 
kemahiran, kecekapan dan serta kebolehan ikhtisas untuk memberi 
pendidikan yang sempurna, menyeluruh dan bermutu bagi memaju 
dan menghasilkan murid-murid yang serba boleh. Sekolah ini 
mempunyai keupayaan menyediakan kemudahan fizikal dan 
pengurusan yang cekap untuk melahirkan belia-belia yang 
bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. 


LENCANA SMK TELOK KERANG


Lencana SMK Telok Kerang berbentuk kerang. Lencana ini berwarna hijau 
dan putih. Warna hijau melambangkan kesucian, kesetiaan dan kesuburan. 
Warna putih pula melambangkan ikhlas hati, bersih dan suci.
Pada bahagian atas lencana terdapat cogankata "Belajar Untuk Berbakti". 
Di bawahnya terdapat kelalang, api, buku, anak panah, dan jangka lukis. 
Gambar peralatan ini dikelilingi dengan perkataan 
"SEKOLAH MENGAH TELOK KERANG".

Setiap alatan yang terdapat pada lencana ini membawa 
maksud yang tersendiri: 
Api - Ilmu sebagai pendorong dan penyuluh hidup.
 Buku - Sumber utama ilmu pengetahuan.
 Anak panah - Semangat untuk menuju ke mercu kejayaan dan wawasan diri.
 Jangka lukis - Pengukur kemajuan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bidang.

Cogankata "Belajar Untuk Berbakti" digunakan untuk menunjukkan bahawa 
pelajar-pelajar lepasan sekolah semestinya dapat berbakti kepada 
masyarakat sekeliling amnya. 


BENDERA SMK TELOK KERANG

Bendera sekolah secara rasminya berukuran 6 kaki X 3 kaki yang diperbuat 
daripada kain. Bendera ini mempunyai dua warna iaitu hijau dan kuning. 
Ia dilambangkan daripada sepohon pokok atau tanaman padi dimana 
semasa muda daunnya subur rimbun menghijau manakala setelah matang 
dan berbuah, buahnya berwarna kuning.

Lambang warna hijau di bahagian bawah membawa
maksud mengenai kesuburan. 
Pelajar-pelajar di sekolah ini secara dasarnya dididik dan 
disuburkan dengan  pelbagai ilmu pengetahuan 
sama ada dalam bidang kurikulum atau 
dalam bidang kokurikulum sebagai persediaan
 menuju ke alam dewasa.

Warna kuning di sebelah atas bendera melambangkan kematangan atau 
kedewasaan dimana setelah menimba pelbagai ilmu pengetahuan 
pelajar-pelajar bersedia untuk melangkah bagi melanjutkan pelajaran 
ke peringkat yang lebih tinggi untuk menggapai cita-cita yang diinginkan.


IKRAR SMK TELOK KERANG
Maka kami, warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang berikrar 
akan menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang sebagai 
sekolah cemerlang. Kami berjanji untuk mencapai kecemerlangan dalam 
pelbagai bidang pendidikan dengan berfokuskan kecemerlangan kurikulum,
kokurikulum, disiplin dan sahasia diri, demi kepentingan diri sendiri, 
ibu bapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. 


LIRIK LAGU SMK TELOK KERANG 

Sekolah Menengah Telok Kerang
Sekolah kami bersama
Berusaha belajar
Demi kemajuan


Pandulah bimbinglah
Ke arah kejayaan
Bekerjasama bermuhibbah
Ke arah perpaduan


Taat kepada sekolah
Berbakti kepada bangsa
Berusaha berbakti
Demi kemajuan negara.
 


PRASARANA SEKOLAH:

KOD SEKOLAH:  JEE6009
GRED SEKOLAH:  B
SESI PERSEKOLAHAN:  PAGI SAHAJA
LUAS KAWASAN SEKOLAH:  12 EKAR

JUMLAH GURU:
51 Orang 

JUMLAH PELAJAR:
670 Orang 

JUMLAH AKP:
13 Orang 

JUMLAH PEKERJA SWASTA:
7 Orang 

JUMLAH PENGAWAL KESELAMATAN:
4 Orang 

PRASARANA DI SMK TELOK KERANG:
27 Bilik Darjah
3 Makmal Sains
2 Makmal Biologi
2 Makmal Fizik
2 Makmal Kimia
1 Perpustakaan
2 Makmal Komputer 
1 Bilik Audio Video
1 Bilik Mesyuarat
1 Bilik Guru
4 Bengkel Kemahiran Hidup
1 Bengkel MPV Landskap dan Nurseri
1 Bilik MPV Katering dan Penyajian
2 Bilik ERT
1 Bilik Pendidikan Khas
1 Surau
1 Studio Muzik
2 Studio PSV
1 Pejabat Pentadbiran
1 Kantin
4 Tandas guru
4 Tandas Murid
1 Bilik Galeri sejarah
2 Stor Sukan
1 Bilik GKMP
1 Bilik Kaunseling
1 Bilik Kesihatan
1 Bilik Guru Disiplin
1 Bilik Pengawas
1 Kedai Koperasi
1 Bilik SPBT
1 Bilik Cetak
1 Bilik Operasi Pentaksiran
2 Dewan Tarik Buka/Tutup 
1 Astaka
5 Balai Pelbagai Guna
Taman dan Pondok Rehat
 1 Dataran Nilam/Padang Kawad
1 Padang Bolasepak/Olahraga/Hoki/Ragbi
1 Gelanggang Bola Tampar/Sepak Takraw
1 Tapak Projek Fertigasi
1 Tapak Projek Sains Pertanian
2 Tempat Parkir Kereta
1 Stor Peralatan Pekerja 
1 Pondok Pengawal Keselamatan











 


SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :