Vietnam negara yang penuh
kesengsaraan akibat peperangan. Vietnam terkenal dengan dua bandar iaitu
Hanoi dan Ho Chi Minh. Harus diingatkan jarak Hanoi dan Ho Chi Minh lebih
kurang 1000 KM. Satu di utara dan satu lagi di selatan. Kami kembara ke salah
satu bandar ini iaitu Ho Chi Minh City atau Saigon.
Kami mulai kembara melalui jalan darat dengan menaiki bas. Kembara dari Phnom Phenh di Kampuchea ke Ho Chi Minh City di Vietnam selama 7 jam. Ada ketikanya bas menaiki feri menyeberangi sungai. Sampai di sempadan antara dua negara iaitu Bavet di sebelah Kampuchea dan Moc Bai di sebelah Vietnam, kena turun dari bas untuk pemeriksaan imigresen. Satu pemeriksaan imigresen yang ketat terutamanya di sebelah Vietnam. Sepanjang perjalanan dari negara Kampuchea memasuki negara Vietnam, mata dihidangkan dengan kehijauan hamparan sawah padi di kiri kanan jalan di Delta Mekong. Saujana mata memandang. Bas berjalan perlahan iaitu lebih kurang 70 km/j. Itu had laju yang dibenarkan. Pemandu bas mematuhi arahan had laju. Kami tiba di Ho Chi Minh City pada tengahari 5 Jun 2012.
Ho Chi Minh City adalah pusat ekonomi dan pusat perdagangan bagi Vietnam. Ia terletak di selatan Vietnam. Cuaca dan suhu di Ho Chi Minh sama sahaja seperti di Malaysia. Suasana bandar Ho Chi Minh/Saigon memang berbeza dengan KL. Bandarnya terlalu sesak dengan manusia. Dianggarkan populasi Saigon dalam 18 juta orang. Dan ini merupakan bandaraya paling besar populasinya di Vietnam.
Di Ho Chi Minh City, kami melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar seperti bangunan kolonial Pejabat Pos, Muzium, dan Cholon Jamial Mosque dan membeli-belah di Ben Thanh Market. Di kota ini, jalan-jalannya di penuhi motosikal. Kebanyakan penunggang dan pembonceng motosikal memakai topeng muka untuk mengelakkan menyedut asap kenderaan. Kereta hanya dimiliki oleh mereka yang benar-benar kaya.
Kalau ke kota ini, jangan lupa membeli-belah di Ben Thanh Market. Ini merupakan tempat yang harus kita pergi ketika ke Ho Chi Minh City. Di sini terdapat pelbagai barangan termasuklah cenderamata, makanan kering, makanan basah, baju dan kain pasang. Selain materialnya bagus, harganya amat berpatutan jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia. Kemahiran menawar amat diperlukan di sini. Kebanyakan peniaga di pasar ini boleh berbahasa Melayu. Ramai pelancong Malaysia membeli-belah di pasar ini seolah-olah kita berada di Malaysia. Ternyata Saigon atau Ho Chi Minh City merupakan syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia. Ternyata Vietnam bangkit dari peperangan dan kini ekonomi mereka sangatlah berkembang pesat.
Mengenai makan di di kota ini, ianya tidak menjadi masalah besar. Banyak restoran makanan halal, dan rasanya juga boleh tahan. Restoran Malaysia pun banyak disini. Tidak hairanlah jika kita akan dapat berjumpa ramai pelancong dari Malaysia yang turut makan di beberapa restoran di Saigon.
Kami mengambil kesempatan melawat ke muzium perang. Ia merupakan muzium yang popular di Ho Chi Minh City. Di sini terdapat pameran mengenai perang Vietnam yang berlaku pada awal tahun 60 an. Muzium ini turut memuatkan gambar-gambar penderitaan masyarakat Vietnam, kereta kebal, penjara mini, dan juga pesawat. Dipamerkan juga kekajaman tentera USA terhadap rakyat Vietnam.
Kami berada di Ho Chi Minh City/Saigon ini tidak lama, bahkan kami tidak berkesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik yang lain. Pada pukul 5.30 petang 6 Jun 2012, kami terbang balik dari Ho Chi Minh City International Airport ke LCCT Changi, Singapore menggunakan Tiger Air. Kami tiba di Pontian pada pukul 11.00 malam melalui Second Link dari Singapura.