Senja tadi telah diadakan beberapa program sekolah secara serentak. Program-program tersebut ialah:
- Majlis berbuka puasa guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja swasta dan pelajar-pelajar yang menyertai qiamulail,
- Jamuan persaraan Tn. Hj. Abdul Latif b Ambok Lilang,
- Majlis bacaan surah Yaasiin dan tahlil,
- Solat maghrib berjemaah
- Pelancaran qiamulail pelajar-pelajar dan guru-guru,
- Solat Isyak berjemaah,
- Solat tarawikh berjemaah.
- Penghayatan qiamulail yang dikendalikan pelajar-pelajar sekolah ini yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.