Pada tahun 2014, SMK Telok Kerang menyertai pertandingan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Ini adalah platform yang amat baik untuk membuktikan dan menonjolkan bahawa sekolah kita adalah sekolah yang cemerlang.
Alam
sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia
juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan
negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Selain daripada itu juga,alam sekitar adalah merupakan habitat bagi
semua penghuni di alam ini. Contohnya binatang, fauna dan flora.
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah
titik permulaan gagasan ‘pembangunan lestari’ diperkenalkan dan
diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21.
Pembangunan lestari atau ringkasnya dimaksudkan pembangunan yang
membolehkan generasi semasa, memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan
kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka, perlu
dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin menaruh
harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas manusia.
Sehubungan dengan seruan itu, SMK Telok Kerang menerima cabaran tersebut untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari.
Ini kerana sekolah Lestari adalah Anugerah Alam Sekitar bertujuan untuk membentuk
persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum
dan penghijauan.
Latar Belakang
Sekolah Lestari -AnugerahAlam Sekitar bertujuan untuk membentu persekitaran
sekolah yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Definisi
Sekolah Lestari
- Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan
menerapkan nilai murni alam sekitar
dalam aspek pengurusan,
kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara
berterusan bagi mewujudkan
amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia
dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab
ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Objektif
- Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
- Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
- Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Kompnen Sekolah Lestari
- Pengurusan
- Kurikulum
- Kokurikulum
- Penghijauan