Pengenalan
Taman ini dinamakan Taman Bestari. Letaknya taman ini
ialah di antara Blok D dan Blok E sekolah kitorang SMK Telok Kerang. Ia dibina
oleh murid-murid MPV Landskap di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru mata
pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan Kasmuri. Taman yang berkonsepkan
'sekolah lestariku' dibina ala-ala resort. Taman ini mempunyai sebuah pondok,
sebuah kolam, pergola dan pelbagai tumbuhan hiasan yang hijau seperti buluh
kuning berdaun hijau, bakung, phoenix dan pokok pinang. Ia dibina pada tahun 2012
dan mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan. Kewujudannya diruang antara
bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan.
Objektif:
- Menjadikan kawasan sekolah menghijau dengan tumbuh-tumbuhan.
- Meningkatkan kemahiran murid MPV Landskap mereka bentuk dan membina landskap.
- Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan kawasan sekolah.
- Menjimatkan kos melestarikan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek.
- Menambah kemudian rekreasi di kawasan sekolah.
Nama
Program:
Projek Taman Bestari
Hari:
Projek
dibuat semasa murid-murid MPV Landskap dan Nurseri sedang belajar mengenainya
sebagai projek kerja kursus.
Tanggungjawab:
Penyediaan: En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV
landskap dan Nurseri
Pengurusan: En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV
landskap dan Nurseri
Pelaksanaan:
Januari
hingga Mei 2013
Tempat:
Tempat di
antara Blok D dan Blok E, SMK Telok Kerang
Sasaran:
Semua murid
MPV landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang.
Kos:
Pembinaan
projek: RM1700.00
Dokumentasi Bergambar: