Pengenalan
Taman ini dinamakan Taman Sumur. Letaknya taman ini ialah di di hadapan pejabat
sekolah di antara Blok A dan Blok B. Ia dibina oleh murid-murid MPV di bawah
bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan
Kasmuri. Taman yang berkonsepkan ‘air memercik’ dibina dengan pembentukan batuan
air terjun tanah terlebih dahulu dan ditanam dengan pokok-pokok yang
bersesuaian. Kewujudannya diruang di hadapan pejabat sekolah ini memberi satu
suasana yang nyaman dan menyegarkan.
Objektif:
- Menjadikan kawasan di hadapan pejabat sekolah ceria dengan bunyi air memercik dan menghijau dengan tumbuh-tumbuhan.
- Meningkatkan kemahiran murid MPV Landskap mereka bentuk dan membina landskap.
- Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam melestarikan kawasan sekolah.
- Menjimatkan kos melestarikan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek.
- Menjadikan kawasan sekolah lebih lestari.
Nama
Program:
Projek Taman Sumur Memercik
Hari:
Projek dibuat semasa murid-murid MPV Landskap dan
Nurseri sedang belajar mengenainya sebagai projek kerja kursus. Manakala
ahli-ahli Kadet Polis melakukannya
semasa hari kegiatan kokurikulum.
Tanggungjawab:
Penyediaan:En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV landskap
dan Nurseri dan ahli-ahli Kadet Polis
Pengurusan: En. Hasan Kasmuri, murid-murid MPV landskap
dan Nurseri dan ahli-ahli Kadet Polis.
Pelaksanaan:
Oktober 2012 hingga April 2013
Tempat:
Di hadapan pejabat sekolah di antara Blok A dan Blok B,
SMK Telok Kerang
Sasaran:
Semua murid MPV landskap dan Nurseri dan ahli-ahli Kadet
Polis, SMK Telok Kerang.
Kos:
Pembinaan projek:
RM1500.00
Dokumentasi Bergambar: