Taman ini dinamakan Taman Bestari. Letaknya taman ini ialah di antara Blok D dan Blok E. Ia dibina oleh murid-murid MPV Landskap di bawah bimbingan guru-guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri. Taman yang berkonsepkan 'sekolah lestariku' ini mempunyai sebuah pondok, sebuah kolam, pergola dan pelbagai tumbuhan hiasan yang hijau. Ia dibina pada tahun 2003 dan mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan. Kewujudannya diruang antara bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan.
25 January 2014
Info SMKTK
Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang