01 February 2014

LAPORAN PROGRAM PENGHIJAUAN 9: PROJEK TAMAN DUSUN TANAMAN POKOK BUAH-BUAHAN DAN PISANG TANDUK

Pengenalan 

Projek tanaman pokok buah-buahan dan pisang tanduk dilaksanakan oleh murid-murid Tingkatan 1 Maju dan murid-murid Tingkatan 4 Landskap. Projek tanaman pokok buah-buahan dilaksanakan pada bulan Oktober 2013 manakala projek tanam pokok pisang tanduk dibuat pada Januari 2014. Ia adalah pengayaan daripada sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian dan mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Selain daripada belajar melalui pengalaman praktikal, murid-murid dapat menyumbang tenaga untuk menghasilkan bahan makanan selain dapat menghijaukan kawasan sekolah. 

Objektif:

  1. Menggunakan sumber tenaga manusia yang ada untuk menyumbang usaha pengeluaran tanaman makanan. 
  2. Meningkatkan kemahiran murid untuk menanam pokok-pokok. 
  3. Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha dalam penghijauan kawasan sekolah. 
  4. Memberi peluang kepada setiap murid untuk menyumbang usaha pengeluaran tanaman makanan. 
  5. Menjimatkan kos melestarikan kawasan sekolah dengan cara membuat sendiri sesuatu projek.


Nama Program: 
Projek Taman Dusun Tanaman Pokok Buah-buahan dan  PisangTanduk 

Hari: 
Projek dibuat semasa murid-murid KHB Pertanian dan MPV Landskap dan Nurseri sedang belajar mengenainya sebagai pengayaan dalam pembelajaran. 

Tanggungjawab: 
Penyediaan:  En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan KHB Pertanian. 
Pengurusan:  En. Hasan Kasmuri dan murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan KHB Pertanian. 

Pelaksanaan: 
Tanam pokok buah-buahan pada Oktober 2013  oleh murid-murid Kemahiran Hidup Pertanian.
Tanam pokok pisang tanduk pada Januari 2014 oleh murid-murid Tingkatan 4 Landskap.

Tempat: 
Tapak lapang di belakang dan tepi Bengkel KHB. 

Sasaran:

Murid-murid MPV Landskap dan Nurseri dan murid-murid KHB Pertanian Tingkatan 1 M. 

Kos:  
Anak benih pokok pisang tanduk (50 unit):   RM30.00

Anak pokok buah-buahan:  RM90.00 

Dokumentasi Bergambar:







SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :