25 June 2014

SUKAN TAHUNAN KALI KE-41 2014

Kejohanan sukan tahunan sekolah kita SMK Telok Kerang tahun ini telah dilangsungkan pada pagi ini Rabu 25 Jun 2014. Oleh kerana hujan lebat turun di awal pagi, acara kejohanan ditangguhkan sehingga hujan teduh iaitu pada pukul 9.00 pagi. Kejohanan dirasmikan oleh GPK1, Pn. Hjh. Arbaenah bt Masud.

Acara dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Hijau, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Merah. Sungguh menarik sekali apabila mereka berpakaian berwarna-warni mengikut tema rumah masing-masing yang diiring maskot yang kreatif.

Keputusan perbarisan:

Johan  -  Rumah Merah
Naib Johan  -  Rumah Biru
Ketiga  - Rumah Hijau
Keempat  -  Rumah Kuning

Keputusan kejohanan sukan:

Johan  -  Rumah Kuning
Naib Johan  -  Rumah Hijau
Ketiga  -  Rumah Merah
Keempat  -  Rumah Biru

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.















SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :