Perhimpunan rasmi pertama sesi persekolahan tahun 2015 dijalan pada pagi ini Ahad 11 Januari 2015 bersamaan bermulanya persekolahan tahun ini. Setelah seminggu permulaan persekolahan ditangguhkan kerana banjir besar yang melanda di beberapa kawasan di Malaysia, pagi ini guru-guru, murid-murid dan warga baru iaitu murid-murid baru tingkatan satu berhimpun di Dataran Ilmu. Perjalanan perhimpunan dan pembelajaran hari pertama persekolahan hari ini dipantau oleh seorang pegawai dari JPNJ iaitu Tn Haji Kamaruddin b Suhaimi.