26 January 2017

Persiapan Program Jom Solat Zohor Dulu



   
 Persiapan kemudahan bagi melaksanakan Program Jom Solat Zohor Dulu sedang giat dijalankan.  Program itu dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya bermula hari Ahad, 5hb Februari 2017.  Semua murid Islam dikehendaki menunaikan Solat Fardhu Zohor sejurus waktu PdP terakhir tamat.  Murid lelaki akan menunaikan solat berjemaah di Dewan A manakala murid perempuan di surau sekolah.

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektifnya iaitu melahirkan individu yang mengambilberat persoalan solat.  Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan idea, tenaga dan wang ringgit, semoga pengorbanan tuan puan akan dinilai sebagai amal jariah yang berpanjangan.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :