19 March 2017

Pemuafakatan Strategi Kecemerlangan PT3, Sarana Ibubapa / Penjaga dan Murid Tingkatan 3 Tahun 2017



Pemuafakatan Strategi Kecemerlangan PT3, Sarana Ibubapa / Penjaga dan Murid Tingkatan 3 Tahun 2017 telah diadakan pada Ahad, 12hb Mac 2016.  

13 March 2017

Gotong Royong Perdana 2017









Program Gotong Royong Perdana 2017 telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Mac 2017 bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari.  Program ini turut disertai oleh ibubapa dan penjaga murid serta AJK PIBG.  Pelbagai kerja pembersihan dan keceriaan telah dilaksanakan diseluruh kawasan sekolah seperti mengecat, membersih kawasan yang telah dikenalpasti serta menebang pokok-pokok yang telah mati untuk memastikan keselamatan warga dan tetamu SMKTK.

Jamuan turut disediakan secara "portluck" yang disertai oleh guru, kakitangan serta ibubapa.  Tahniah kepada semua yang telah mejayakan program gotong royong ini, semoga segala sumbangan tuan-puan akan balas dengan sebaik-baik balasan olehNya.

SMKTK Cemerlang.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pontian 2017







  

   

  

   


Tahniah kepada semua peserta, jurulatih dan guru yang terlibat dalam Kejohanan MSSD Pontian 2017 di Educity.  SMKTK berada di kedudukan ke-8 daripada 17 buah sekolah di daerah Pontian. SMKTK berjaya memperoleh 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Tahniah sekali lagi kepada wira-wira sekolah yang telah membawa SMKTK sehingga ke tahap ini.

SMKTK Cemerlang.

Program Kesihatan 2017



  
 
  

Program Kesihatan Reproduktif Remaja dan Kemudaratan Gejala Sosial / HIV / Thalassaemia / Merokok dalam Kalangan Remaja telah diadakan pada hari Rabu, 8hb Mac 2017.  Program anjuran Pejabat Kesihatan Penerok, Panel Kesihatan Klinik Penerok dengan kerjasama SMK Telok Kerang itu diadakan di Dewan A.  Sasaran utama program adalah murid tigkatan 1 dan tingkatan 4.

Pemeriksaan kesihatan guru oleh kakitangan Hospital Daerah Pontian dan Klinik Kesihatan Penerok telah diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

SMKTK Cemerlang

09 March 2017

Penyerahan Peranti Yes Altitude dan Pelan Data 2GB Fasa 2





Alhamdulillah..semua guru SMKTK telah menerima satu set Peranti Yes Altitude dan Pelan Data 2GB Fasa 2.  Satu majlis ringkas penyerahan dan taklimat ringkas kaedah penggunaan telah diadakan pada 7hb Mac 2017 jam 2.00 - 3.30 petang.

Semoga pemberian bersyarat ini akan meningkatkan lagi peratus penggunaan VLE Frog dan meningkatkan peratus pencapaian murid.

SMKTK Cemerlang.

Program Ceramah Teknik Belajar Pantas


Satu sesi ceramah bertajuk Teknik Belajar Pantas bagi murid tingkatan 5 dan sebahagian murid tingkatan 4 telah diadakan pada 7hb Mac 2017 di Bilik Audio Visual.  Program yang berlangsung selama hampir tiga jam ini adalah anjuran PPD dan Global Victory Academy.

Tahniah kepada peserta yang terpilih dan semoga ia memberi manfaat.

SMKTK Cemerlang.

07 March 2017

Kunjungan Pegawai KEAA Jepun, JPNJ dan UTM - LCS










  

SMKTK telah menerima kunjungan lima orang pegawai dari tiga agensi iaitu En Kota Sugimoto (Kyoto Enviromental Activities Association - KEAA), Pn Aerma Norazlina binti Musa (JPNJ), YM Ungku Khairul Azelina binti Ungku Musa (JPNJ), Cik Hamiza (UTM) dan Cik Sara (UTM) pada 6hb Mac 2017.  Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan Low Carbon Society (LCS).  LCS merupakan sebuah projek berkaitan alam sekitar yang dianjurkan bersama oleh Iskandar Region Development Authority (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), KEAA Jepun, dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.  

Program yang bermula jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.15 tengahari itu diisi dengan acara pembentangan aktiviti SMKTK (Sekolah Lestari sejak 2013/2014), sesi perbincangan dan lawatan tapak aktiviti dijalankan.  Tetamu juga berkesempatan melihat sebahagian aktiviti CPBL oleh peserta.

Semoga aktiviti ini memberi peluang kepada warga SMKTK untuk membina jaringan antarabangsa dan menimba sebanyak pengalaman untuk kecemerlangan SMKTK.

SMKTK Cemerlang.

Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2017 (WWD2017)







Sejumlah 28 orang murid dan dua orang guru telah terlibat sepenuhnya dalam program sehari Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia 2017 (WWD2017) yang diadakan di Taman Negara Johor, Pulau Kukup pada 5hb Mac yang lalu.  Sambutan WWD2017 diraikan bersama dengan majlis Perasmian Pembukaan Taman Negara Johor, Pulau Kukup yang baharu oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato Seri Mohamad Khaled bin Nordin.

Pelajar terpilih adalah terdiri daripada peserta Program Cooperative Problem Based Learning (CPBL).  Kesemua peserta telah berkerjasama menyemai hampir 1000 anak pokok bakau untuk ditanam pada program akan datang.  Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan persekitaran dalam kehidupan dan sedikit idea untuk CPBL kelak.

SMKTK Cemerlang.