Projek penanaman cili centil secara fertigasi sedang dijalankan di tapak fertigasi SMKTK (kami sedang dalam proses belajar). Proses penanaman bermula selepas Aidilfitri yang lalu dan kini pokok sedang membesar dan sebahagiannya telah mula mengeluarkan buah. Pengawalan penyakit dan perosak dilakukan menggunakan racun organik dan dilakukan secara berkala.
Proses penanaman dan penjagaan dilakukan oleh murid-murid dan guru-guru pertanian SMKTK. Terima kasih kepada semua yang membantu, semoga usaha tuan-puan dinilai sebagai amal jariah yang berpanjangan.
SMKTK Cemerlang.