14 August 2017

Projek Ternakan Puyuh : Minggu 2












Projek ternakan puyuh ini merupakan salah satu amali wajib dalam Matapelajaran elektif Ikhtisas (MPEI) Pertanian tingkatan 4.  Projek ternakan ini bermula dengan penyediaan perumahan, keperluan peralatan dan persekitaran untuk puyuh membesar dengan sempurna.  Murid juga dikehendaki melakukan penjagaan, merekod segala aktiviti mereka dan perkembangan puyuh yang mereka ternak setiap hari.

Setiap kumpulan (4 atau 5 orang) dibekalkan dengan 30 ekor anak puyuh berusia 12 hari pada Jumaat (11hb Ogos 2017) yang lalu.  Mereka telah bersedia menerima kehadiran anak puyuh dengan sangkar yang bersih dan kondusif untuk pembesaran puyuh, makanan dan minuman.  Setiap kumpulan juga dibekalkan rekod penjagaan puyuh untuk dikemaskini setiap hari.

Semoga amali ini menjadi pencetus minat murid 4Teknologi kepada industri pertanian dan menjadi usahawan yang berjaya pada masadepan .

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :