22 November 2017

Majlis Mohon Restu SPM 2017









Majlis Mohon Restu untuk calon SPM 2017 telah disempurnakan pada hari Khamis 1hb November 2017, selepas majlis bacaan Yasin. Majlis dimulakan dengan ucapan wakil calon SPM 2017 dan diikuti dengan ucapan wakil guru tingkatan 5 dan ucapan Pengetua. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Anugerah Khas Sahsiah Terpuji murid tingkatan 5 dan ditutup dengan bacaan selawat dan bermaaf-maaf diantara calon SPM dengan guru dan sesama calon.

Semoga majlis ini akan memberi kelapangan dan memudahkan urusan guru dan calon pada masa akan datang.  Kepada semua calon SPM 2017, kami (guru-guru) akan sentiasa mendoakan semua calon SPM 2017 dikurniakan kesihatan yang baik, kemudahan dalam segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat.

SMKTK Cemerlang.

SMKTK

Info SMKTK

Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, Sekolah Bestari Luar Bandar Sekolah Lestari #belajaruntukberbakti #smktkcemerlang

Subscribe Blog ini melalui Email :