Showing posts with label kebersihan dan keceriaan. Show all posts
Showing posts with label kebersihan dan keceriaan. Show all posts

08 August 2019

Penjagaan Taman Kelab Persatuan





Aktiviti penjagaan taman-taman sekolah oleh ahli Kelab dan Persatuan telah diadakan pada Rabu (25hb Julai) yang lalu.  Kerja penyelenggaraan yang dijalankan termasuk merumpai, menggembur kawasan pangkal pokok dan menabur baja organik.  Terima kasih kepada murid yang terlibat dan guru pembimbing yang turut sama melekukakan kerja penjagaan taman.  Semoga usaha anda semua dibalas dengan sebaik-baik ganjaran.

SMKTK Cemerlang.

13 January 2019

Pelancaran Jom ke Sekolah dan Guru Penyayang



Pada 13 Januari 2019,semasa perhimpunan rasmi mingguan telah diadakan Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Guru Penyayang yang dirasmikan oleh Puan Pengetua Hjh Azizah binti Omar. Diharapkan dengan pelancaran program ini para pelajar akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Belajar Untuk Berbakti
SMKTK Cemerlang



Gotong Royong Perdana SMKTK 2019







Program Gotong Royong Perdana 2019 telah diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari 2019 bermula jam 8.30 pagi dan tamat sekitar 12.30 tengahari.  Program ini turut disertai oleh ibubapa dan penjaga murid serta AJK PIBG.  Pelbagai kerja pembersihan dan keceriaan telah dilaksanakan diseluruh kawasan sekolah seperti mengecat, membersih kelas, membersihkan bilik bilik khas.

Jamuan turut disediakan secara "portluck" yang disertai oleh guru, kakitangan serta ibubapa.  Tahniah kepada semua yang telah mejayakan program gotong royong ini, semoga segala sumbangan tuan-puan akan balas dengan sebaik-baik balasan olehNya.

SMKTK Cemerlang.

14 August 2018

Tahniah!! Gold Medal RCE Iskandar Sustainable & Low Carbon School Exhibition 2018!


Alhamdulillah dan tahniah kepada peserta yang menyertai Regional Carbon Expertise Iskandar Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition 2018 (RCE ISLCSE2018) atas kejayaan merangkul Gold Medal.  Pertandingan ini telah diadakan di Sutera Mall, Johor Bahru pada 8hb Ogos 2018.  Ia telah disertai oleh 26 buah sekolah dan dianjurkan oleh CEEE UTM, IRDA, MBJB, JICA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagainya.  Kejayaan merangkul Gold Medal buat kali ke-4 berturut-turut ini membuktikan komitmen dan kerjasama padu warga SMKTK dan komuniti sekitar dalam melaksanakan aktiviti lestari dan rendah karbon dalam aktiviti seharian kami.  Semoga kita dapat meneruskan aktiviti bermanfaat ini.















SMKTK Cemerlang.

01 August 2018

Projek Penanaman Serai : Siri 3 (Menuai dan Memasarkan Hasil Serai (Julai)





  

  












Alhamdulillah...setelah hampir tujuh bulan serai ditanam dan diselenggara, tanda-tanda yang menunjukkan ia sudah sedia untuk dituai telah mula muncul.  Diantara tanda serai matang adalah hujung daun telah mula mengering.  Sekiranya kerja penuaian tidak dilakukan dengan segera, kualiti serai yang dihasilkan adalah rendah dan menyebabkan harga jualan yang tidak memuaskan.

Kami telah memasarkan hasil serai kepada warga SMKTK, masyarakat setempat dan peraih yang membeli secara borong.  Hasil jualan serai akan dimasukkan dalam Tabung Lestari untuk membiayai sebarang aktiviti berkaitan melestarikan SMKTK.  Terima kasih kepada semua yang menjayakan projek penanaman serai ini.  Semoga usaha kalian akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dariNya.

SMKTK Cemerlang.

31 July 2018

Tahniah...Naib Johan Program Dengue Patrol Negeri Johor


Tahniah kepada JK Anugerah Program Dengue Patrol SMKTK Peringkat Negeri Johor Tahun 2018 yang telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat negeri tersebut.  Pertandingan tersebut telah dilaksanakan selama beberapa bulan dan melibatkan pelbagai pihak seperti warga SMKTK, penduduk dan komuniti setempat, alumni SMKTK, pemimpin masyarakat dan sebagainya.  SMKTK juga telah menggunakan pelbagai media sosial seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan sebagainya untuk menghebahkan program tesebut bagi mendapat sokongan dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan Dengue Patrol.


Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

SMKTK Cemerlang.