MAKLUMAN TERKNI :
    Selamat Datang Pelajar Ting. 1 tahun 2020         Selamat Kembali Ke Sekolah Pelajar Ting. 2,3,4,5 tahun 2020         Mesyuarat PAK21 & STEM-7 Januari 2020         Mesyuarat Kurikulum/ Dialog Prestasi-8 Januari 2020         Mesyuarat Merentas Desa, Sukantara, Pra-Kejohanan dan Kejohanan Olahraga-9 Januari 2020         Pelancaran Jom ke Sekolah dan Guru Penyayang-12 Januari 2020         LADAP (I)-15 Januari 2020         Majlis Pelantikan Pengawas-19 Januari 2020         #belajaruntukberbakti         #smktkcemerlang

    21 November 2019

    Majlis Persaraan Yang Dikasihi Tn Pengetua, Pn Hjh Azizah binti Omar





    Setelah 5 tahun mencurah bakti di SMKTK. Tn Pengetua Pn Hjh Azizah binti Omar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.  Satu majlis khas telah diaturkan oleh KGKT dan warga SMKTK untuk menyambut majlis persaraan beliau. Majlis bertemakan bangsawan itu disambut dengan meriah melibatkan kerjasama murid, guru dan PIBG pada Ahad 10hb November 2019.  Murid- murid berpakaian seragam sekolah dengan kain batik atau kain pelekat dijadikan tudung atau selempang.  Guru dan kakitangan lelaki berpakaian baju melayu lengkap bertanjak dan guru perempuan berpakaian songket.  Majlis diserikan dengan perarakan Tn Pengetua dan suami diiringi gamelan secara langsung, acara silat oleh murid, doa, persembahan guru, ucapan-ucapan dan penyampaian cenderahati kepada yang dirai.









    Kami, warga SMKTK memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan samada disedari atau tidak.  Doa kami untuk Pn Hjh Azizah sekeluarga, semoga dikurniakan umur panjang lagi berkat, badan sihat walafiat, kekuatan melaksanakan ibadat, keluarga yang menyenangkan dan segala kebaikan di dunia dan akhirat.  Semoga ukhuwah kita terus terpelihara.

    SMKTK Cemerlang.

    14 November 2019

    Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kaki Tangan 2019


    Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMKTK kerana berjaya melaksanakan majlis Jamuan Akhir KGKT SMKTK bagi tahun 2019 dengan meriahnya.  Majlis yang bertemakan pakaian etnik itu telah diadakan di Hotel Holmes Gelang Patah pada petang Ahad 10hb November yang lalu.  Majlis dimeriahkan dengan acara bertukar-tukar hadiah, cabutan bertuah, nyanyian karaoke, penyampaian Anugerah Khas Pengetua dan sebagainya.  Tahniah kepada semua penerima dan semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga SMKTK dan seterusnya meningkatkan prestasi tahun 2020 nanti...Amiin






    Tahniah Jawatankuasa KGKT 2019/2020 dan terima kasih.

    SMKTK Cemerlang.

    04 November 2019

    Tahniah...Tempat Pertama Sekolah Lestari Negeri Johor 2018/19



    Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada seluruh warga SMKTK atas usaha yang konsisten dalam melaksanakan aktiviti lestari di sekolah.  Anugerah tempat pertama Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2018/2019 ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan panel juri profesional yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan lain-lain atas segala usaha yang warga SMKTK laksanakan.  Semoga kita semua dapat meneruskan usaha lestari ini dan segala usaha kita dinilai sebagai amal kebajikan.







    SMK Lestari, SMKTK Cemerlang.

    Pemasangan Sistem Pengairan Titisan di Kawasan Limau Kasturi


    Pemasangan sistem pengairan titisan telah dipasang di kawasan penanaman limau kasturi oleh murid 4 dan 5 Landskap.  Objektif pemasangannya adalah untuk membekalkan air secara effisien kepada tanaman terutama pada cuaca panas.  Kerja-kerja pemasangan dan ujian dilakukan pada 3 dan 4hb September 2019.  Sistem pengairan mula beroperasi sepenuhnya pada 4hb Sep 2019.  



    Semoga sistem ini dapat berfungsi dengan baik dan meningkatkan hasil limau kasturi.

    SMKTK Cemerlang.

    Program Pemeliharaan Potensi Refugia Perikanan



    Terima kasih kepada Jabatan Perikanan Malaysia atas jemputan untuk berkerjasama menjayakan program yang dilaksanakan pada 31hb Oktober itu.  SMKTK telah menghantar 26 murid dan 3 orang guru untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman anak pokok bakau dan program membersih kawasan pantai di Taman Negara Johor Tg Piai.  Semoga aktiviti lestari ini akan dilaksanakan secara berterusan yang selari dengan misi dan visi Sekolah Lestari SMKTK.


     


     












    SMKTK Cemerlang.