30 June 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA WALAU RINGKAS NAMPAK MERIAH

Pagi tadi berlangsung kejohanan olahraga sekolah ini bagi kali ke-38. Pada tahun ini kejohanan tersebut dibuat secara ringkas. Tidak ada acara ucapan panjang menjela. Tidak ada acara perbarisan pasukan rumah-rumah. Tidak ada acara menaikkan bendera kejohanan. Banyak yang tiada pada kejohanan kali ini
Hanya acara-acara popular sahaja yang dipertandingkan. Namun demikian kemeriahan sukan amat terasa lebih-lebih lagi apabila suasana di padang berwarna-warni dengan pakaian ahli-ahli mengikut warna rumah masing-masing.
Acara kejohanan yang meriah pada awalnya menjadi lebih meriah apabila di akhir kejohanan hujan lebat turun mencurah-curah. Acara terakhir iaitu pertandingan tarik tali tetap diteruskan dalam hujan lebat. Padang yang licin menjadikan acara itu bertambah menarik.
Oleh kerana hujan belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, lain-lain acara termasuk penyampaian pingat-pingat dan pengumuman keputusan pemenang kejohanan kali ini tidak dapat dijalankan sebaliknya semua itu akan dijalankan pada perhimpunan pagi Isnin 4 Julai nanti. Bersabarlah....

Isnin 4 Julai 2011
Dalam perhimpunan pagi Isnin dilangsungkan juga penyampaian pingat-pingat kejohanan olahraga yang dijalankan pada hari Khamis 30 Jun 2011.

Keputusan rasmi:
  • Johan - Rumah Biru
  • Naib Johan - Rumah Kuning
  • Ketiga - Rumah Hijau
  • Keempat - Rumah Merah
Tahniah!

24 June 2011

PEROJEK FERTIGASI ROCKMELON: SIBUK BUAT 'POLLINATION'

Projek penanaman buah rockmelon secara fertigasi hari ini dah masuk hari ke-24. Pokok dah setinggi lebih daripada 6 kaki, lebih tinggi daripada tinggi kita. Daunnya pun bertambah melebar. Seronok rasa hati melihat perkembangannya yang cepat dan sihat. Yang tak seronoknya apabila terdapat pokok-pokok yang sakit seperti daun kereteng dan mati rosot. Ada bermacam penyakit walaupun dah disembur racun kulat dan racun serangga.

Pada masa ini selain melilit pokok pada tali lanjaran, murid-murid juga sedang buat 'pollination' antara bunga jantan dan bunga betina dengan menggunakan berus lukisan. Walaupun kerjanya mudah tetapi ia dilakukan dengan berhati-hati agar bunga betina tidak rosak. Kerja ini dilakukan setiap hari di waktu pagi. Kelopak bunga betina bertahan lebih kurang 24 jam. Jika tidak dibantu pendebungaan ini maka melepaslah nak jadi buah.


Melilit batang pada tali lanjaran.

Murid-murid bekerjasama buat kerja di kebun rockmelon.

Sebahagian murid-murid Tingkatan 4 Landskap yang membantu
Cikgu Hasan Kasmuri menjayakan projek fertigasi rokcmelon.

Pokok rockmelon berusia 24 hari. Bunga jantan dan bunga betina
dah banyak yang keluar.

Kuntum bunga betina. Perutnya buncit pada sulur.

Kuntum bunga jantan pada batang pokok.

17 June 2011

GERHANA BULAN PENUH PALING LAMA DALAM 11 TAHUN


Malam tadi 17 Jun 2011 (15 Rejab 1432) kita dapat menyaksikan satu fenomena anugerah Allah SWT iaitu fenomena gerhana bulan penuh. Fasa pertama gerhana berlaku pada pukul 2.23 pagi. Gerhana maksimum berlaku pada pukul 4.13 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Gerhana bulan penuh selama 107 minit itu adalah yang paling lama pernah dicatatkan sejak 1982, berlaku pada 16 Julai 2000. Sebagai umat Islam, apabila berlaku fenomena seperti ini eloklah kita bersama-sama mengerjakan solat sunat gerhana.

14 June 2011

PROJEK FERTIGASI ROCKMELON: TANAMAN ROCKMELON DAH BERUSIA DUA MINGGU

Pada hari ini pokok-pokok buah rockmelon yang telah dipindahkan ke polibeg daripada kotak semaian pada 30 Jun 2011 telah berusia 15 hari atau pun dah dua minggu. Pelajar-pelajar yang dah tahu tugas masing-masing membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Ada yang menyenggara RPH, ada yang melilit pokok rockmelon pada tali lanjaran, ada yang menyenggara 'drip pen', dan ada yang memangkas sulur-sulur yang tidak dikehendaki.

Pada musim ini kami akan melepaskan dua batang sulur ke atas dalam satu polibeg di barisan tengah. Dengan harapan dapat lebih hasil. Percubaan ini adalah salah satu cara yang yang disyorkan oleh Tn. Hj. Ahmad Kri dari ILP Ayer Hitam. Semoga ianya menjadi.