Hanya acara-acara popular sahaja yang dipertandingkan. Namun demikian kemeriahan sukan amat terasa lebih-lebih lagi apabila suasana di padang berwarna-warni dengan pakaian ahli-ahli mengikut warna rumah masing-masing.
Acara kejohanan yang meriah pada awalnya menjadi lebih meriah apabila di akhir kejohanan hujan lebat turun mencurah-curah. Acara terakhir iaitu pertandingan tarik tali tetap diteruskan dalam hujan lebat. Padang yang licin menjadikan acara itu bertambah menarik.
Oleh kerana hujan belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, lain-lain acara termasuk penyampaian pingat-pingat dan pengumuman keputusan pemenang kejohanan kali ini tidak dapat dijalankan sebaliknya semua itu akan dijalankan pada perhimpunan pagi Isnin 4 Julai nanti. Bersabarlah....
Isnin 4 Julai 2011
Dalam perhimpunan pagi Isnin dilangsungkan juga penyampaian pingat-pingat kejohanan olahraga yang dijalankan pada hari Khamis 30 Jun 2011.
Keputusan rasmi:
- Johan - Rumah Biru
- Naib Johan - Rumah Kuning
- Ketiga - Rumah Hijau
- Keempat - Rumah Merah
Tahniah!