Pagi ini diadakan program hari terbuka bersama ibubapa dan penjaga. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi tamat pada pukul 11.00 pagi.
Program tersebut yang diadakan setiap tahun bertujuan mempertemukan guru-guru dengan ibubapa dan penjaga murid-murid untuk mempertingkatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu guru-guru dan ibubapa boleh berbincang secara dua hala apa juga perkara yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak dan masalah disiplin jika ada. Slip keputusan peperiksaan setengah tahun diberikan kepada ibubapa selepas pertemuan itu.